Kenali Pengasasnya
Tokoh wanita yang dikagumi dalam era digital berikut sedang dalam misi untuk memperkasa wanita di seluruh dunia dengan kunci-kunci kejayaan dalam keusahawanan. Mereka mencipta, membangun serta menyediakan produk kecantikan dan penjagaan kulit untuk menyerlahkan kecantikan semulajadi dalam setiap wanita.


Loren Ridinger
Pengasas Bersama, Pengasas & CEO Market America Worldwide | SHOP.COM, Pengarah Kreatif dan Pengasas Motives®
Baca SelanjutnyaLoren Ridinger
Pengasas Bersama, Pengasas & CEO Market America Worldwide | SHOP.COM, Pengarah Kreatif dan Pengasas Motives®
Sebagai antara tokoh fesyen dan kecantikan yang paling berpengaruh seperti dinyatakan Vogue, Elle Taiwan, Haute Living dan banyak lagi, usahawan internet, Loren Ridinger, terus mencetuskan trend terkini. Visi beliau untuk mencipta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang berkualiti tinggi untuk setiap wanita serta berpatutan, telah mewujudkan beberapa jenama terkemuka di dunia, termasuklah rangkaian produk yang telah memenangi anugerah iaitu Motives cosmetics. Tambahan pula, pendapat pakar beliau yang dipaparkan menerusi “Loren’s World“, dan “HuffPost” telah berjaya menjadikan beliau antara salah seorang ikon web yang terkemuka dalam bidang fesyen, budaya dan bisnes.
Gaya ikonik Loren telah menjadikan beliau antara salah seorang pempengaruh fesyen terkemuka hari ini, dengan dianugerahkan sebagai wanita berpengaruh 100 Teratas oleh Vogue dan individu paling berpengaruh majalah Haute Living di New York dan Miami. Loren menerima anugerah “Women of Substance and Style” daripada Fashion Group International untuk sumbangan berterusan beliau kepada industri fesyen dan kecantikan. Pencapaian bisnes Loren yang menakjubkan telah menamakan beliau sebagai “Woman Extraordinaire” dan “Usahawan 50 Teratas” oleh majalah Business Leader. Forbes menampilkan Loren menerusi satu artikel yang mengiktiraf beliau atas pencapaian keusahawanan dan penuh berinspirasi beliau, serta mengiktiraf blog peribadi Loren, “Loren’s World” sebagai satu daripada 100 Laman Web Terbaik untuk wanita.

Amber Ridinger-McLaughlin
Pengasas Lumière de Vie®, Lumière de Vie Hommes, DNA Miracles® dan Layered.
Baca SelanjutnyaAmber Ridinger-McLaughlin
Pengasas Lumière de Vie®, Lumière de Vie Hommes, DNA Miracles® dan Layered.
Pencetus Trend, sosiolit, usahawan dan tokoh ikutan, Amber Ridinger, menampilkan debut dalam kolaborasi pertama beliau bersama Motives: The Essential Collection. Amber mempunyai keghairahan dalam kecantikan dan penjagaan kulit, maka, kerjasama dengan Motives untuk kolaborasi istimewa ini sememangnya satu kemestian. Amber ingin mencipta satu koleksi yang penting untuk setiap orang, pada setiap peringkat umur, dengan mana-mana tona kulit, untuk setiap hari, setiap saat. Beliau percaya bahawa solekan perlulah mudah dan dapat menyerlahkan kecantikan natural anda, dan dengan Essential Collection serba baharu ini, ia memudahkan anda.
Amber berbangga kerana dapat melahirkan kolaborasi baharu ini bersama ibu beliau, Loren Ridinger, yang telah melihat beliau berkembang sebagai wanita yang diperkasa dan usahawan berjaya dalam gayanya yang tersendiri. Amber ialah pencetus utama dalam pelancaran Lumière de Vie dan Lumière de Vie Hommes, penjagaan kulit terunggul untuk para wanita dan lelaki; DNA Miracles, produk penjagaan diri dan kesejahteraan yang berkualiti tinggi untuk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung; dan Layered, satu koleksi rangkaian barang kemas yang mewah dan mampu milik, kombinasi terbaik untuk wanita moden.
Kolaborasi Istimewa
Loren dan Amber turut berkolaborasi dengan pencetus trend serta ikon fesyen terkemuka sebagai sahabat dan rakan kerjasama dalam industri kosmetik dan penjagaan kulit.


La La Anthony, Actress
Pelakon, Usahawan dan Penulis Terkenal The New York Times
La La Anthony ialah seorang pelakon, penerbit, penulis terkenal dan usahawan fesyen dan kosmetik. La La membintangi rancangan televisyen STARZ Network, “Power” yang menjadi kegemaran ramai. Beliau bekerjasama dengan Motives pada tahun 2012 untuk membantu melancarkan Motives for La La, satu rangkaian produk yang mempamerkan keunggulannya untuk sebarang tona kulit sementara memaparkan stail fesyen ringkas La La. Kolaborasi beliau yang terkini telah menghasilkan Motives Lala Static Palette dan bakal dilancarkan pada Ogos 2022, Motives LALA Pop of LALA Pressed Pigment Palette.

Thalia
Singer, Songwriter, Producer, Actress and Entrepreneur
Thalia merupakan seorang bintang antarabangsa: penyanyi, penulis lagu, dermawan, pelakon, penulis, pereka fesyen, usahawan dan tokoh media sosial. Kelahiran Mexico, Thalia adalah antara artis Latin yang terhangat sepanjang zaman dan dikenali serta dikagumi seluruh dunia. Thalia mengenali Motives daripada artis jurusolek beliau dan jatuh cinta dengan produk berkualiti tinggi tersebut. Selepas mengenali Loren, keghairahan yang dikongsi bersama beliau dalam kecantikan dan pemerkasaan telah mencetuskan satu kolaborasi kosmetik yang menarik, unik diinspirasikan karakter Thalia sendiri, seperti THALIA X Motives Besos Palette dan THALIA X Motives Viva Eye & Cheek Palette.